AKSI GOYANG BERAHI CEMAR IMEJ WANITA KELANTAN

KOTA BHARU: Kontroversi industri muzik di Kelantan bukan setakat hangat dengan kemunculan penyanyi mak nyah, Kajol, tetapi lebih daripada itu apabila ada penyanyi wanita tempatan tampil dengan aksi lebih panas.

Mereka lebih seksi dan lebih gebu daripada Kajol malah mampu melariskan album dihasilkan dengan pelbagai aksi tarian menggoda, termasuk aksi ‘goyang berahi’.

Jagoh 9 Elyana Letih Weh . . .

Nama seperti Adik Wani, Rosalinda, Baby Sofea, Nurul Akma, Ain Manja, Elyana, Erma Pesona dan Elyani cukup popular dengan album terbaru seperti Jagoh 10 Gegar dan MTV Karaoke Hebat 3 yang dijual dalam bentuk video cakera padat (VCD) di merata lokasi di Kelantan.

Aksi ‘goyang berahi’ mereka sejak sekian lama menimbulkan polemik di negeri ini, apabila ia dikatakan mencemarkan imej Kelantan yang mendapat jolokan negeri Serambi Makkah.

Rosalinda - Nati Dok Nati . . .

Bagaimanapun, difahamkan kebanyakan mereka berasal dari Selatan Thailand.

Lagu penyanyi berkenaan yang turut hangat dimuatkan di laman web Youtube, menerima pelbagai reaksi di kalangan pengunjung laman web itu dengan ada antaranya mengecam aksi dipamerkan mereka.

0 Response to "AKSI GOYANG BERAHI CEMAR IMEJ WANITA KELANTAN"

Posting Komentar