Sedarkah anda , sisa aluminium dalam kuali atau peralatan memasak di rumah anda boleh menyerap masuk ke dalam makanan anda ?
Begitu juga bayi anda mungkin mengambil aluminium secara berlebihan apabila meminum susu tepung .
Logam beracun seperti aluminium boleh menyebabkan kerosakan tulang dan otak apabila diserap masuk ke dalam darah .
Golongan tua pesakit buah pinggang dan kanak kanak kecil paling mudah menerima kesan buruknya .
Kini aluminium dikaitkan dengan penyakit alzheimer , suatu keadaan nyanyuk pada usia muda serta masalah kelemahan mental .
Diantara tahun 1990-91 , kami telah menguji 21 jenama minuman segera dan kopi tempatan untuk aluminium . hasilnya memang menakutkan ; kesemua melebihi paras maksimum yang dikhususkan untuk bekalan air paip antara dua hingga 28 kali ganda
Penemuan kami mengesahkan hasil ujian terdahlu yang dijalankan pada tahun 1989 ke atas 35 jenis susu rumusan bayi , bijirin bayi dan tepung dimana 29 (kira kira 83%) mengandungi aluminium yang berlebihan berbanding piawaian untuk bekalan air paip .
Kesimpulan mudah : rakyat malaysia mungkin mengambil bahan logan beracun ini kadar yang tinggi bersama minuman seperti susu teh dan kopi .
Di malaysia tiada piawaian bagi aluminium dalam susu atau minuman lain . satu satu piawaian bagi aluminium ialah bekalan air kita iaitu 200mikrogram/liter .
Bahaya aluminium dalam minuman segera yang popular .
Kita telah menguji 11 jenama minuman kesukaan pengguna dan hasilnya memang memeranjatkan . kesemuanya mengandungi aluminium antara 67-28 kali ganda melebihi paras yang dibenarkan dalam air paip .
Bahaya aluminium dalam makanan dan minuman
antara contoh :
maxwell house melebihi 28.1 kali ganda
van houten’s cocoa melebihi 23.1 kali ganda
nestea melebihi 23.0 kali ganda
boncafe melebihi 22.8 kali ganda
moccona melebihi 17.7 kali ganda
horlick melebihi 10.1 kali ganda
ovaltine melebihi 9.2 kali ganda
milo melebihi 8.5 kali ganda
sustegen melebihi 7.7 kali ganda
complan melebihi 6.3 kali ganda
nescafe melebihi 6.1 kali ganda
Bahaya aluminium dalam makanan dan minuman – sumber : persatuan pengguna pulau pinang - & http://www.juicing-for-health.com
Link
0 Response to "Bahaya aluminium dalam makanan dan minuman"
Posting Komentar