Salah seorang doktor di klinik tersebut mengatakan bahawa mereka telah membuat ujikaji perkhidmatan tersebut kepada 3 ibu mengandung, dan semuanya menyatakan kebahagiaan mereka dapat melihat calon bayi masing-masing dalam bentuk 3D.
Proses percetakan janin 3D tersebut dijalankan dengan menggunakan sebuah teknologi bernama BioTexture yang menjalankan pemprosesan 3D dari data image yang berasal dari MRI scan.
Data tersebut kemudian diproses oleh 3D printer untuk membentuk model cetakan, dengan menyemburkan 2 buah resin secara serentak, bahagian jernih dan lutsinar untuk lapisan luar (tubuh si ibu) dan bahagian putih untuk cetakan si janin ( bayi ).
Klinik tersebut menyarankan para ibu mengandung untuk menggunakan perkhidmatan ini ketika usia kandungannya sudah berusia lanjut agar bentuk cetakan yang dihasilkan mampu mencapai bentuk yang sangat tepat dan sempurna. Kos untuk perkhidmatan ini dianggarkan 100 ribu Yen, Anda berminat untuk mengabadikan imej 3D bakal bayi Anda ?
0 Response to "Jepun Cipta Cetakan Imej 3D Bayi Dalam Kandungan"
Posting Komentar