AL FATIHAH UNTUK MEREKA YANG GUGUR-LAHAD DATU

ISTERI kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, dipimpin saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya, hari ini. Gambar kecil anak Allahyarham.

1. Akhirnya pasukan keselamatan negara menggempur tentera Kesultanan Sulu pagi ini, bersamaan hari Jumaat, hari yang paling mulia dalam kalender Islam.


2. Tembakan pertama dilepaskan tepat jam 11.10 pagi.

3. Jumlah kematian di kalangan askar Kesultanan Sulu mungkin ramai (10) orang dan dikalangan pasukan keselamatan, dua anggota dari pasukan polis terbunuh (MUNGKIN 4 POLIS)….200 pengikut sultan sulu menyerah diri.

4. Kematian di kalangan polis dan orang-orang Sulu ini saya sambut dengan rasa sedih kerana manusia hilang nyawa dan darah tertumpah.

5. Wajarkan kita menyalahkan pasukan keselamatan negara, sudah tentu tidak kerana mereka telah diberi ruang, dipujuk dan dilayan dengan baik supaya keluar dari kawasan kubu mereka sebelum menghadapi tindakan undang-undang.

6. Mungkin ramai yang berasa puas hati kerana penceroboh ini sudah diserbu tetapi apa yang mereka tidak nampak, akan ada lebih banyak darah ditumpahkan selepas ini.

UMAT ISLAM HILANG RASIONAL, GILA PADA DARAH

7. Saya sengaja tidak mahu update perkara-perkara yang berlaku semasa kepungan ini kerana banyak perkhabaran yang kebenarannya saya tidak dapat hendak dipastikan.

8. Yang paling saya berasa sedih, majoriti umat Islam dari pembacaan saya dalam Facebook, forum dan blog-blog tempatan mahu penceroboh ini dibunuh.

9.Hanya sedikit yang berdoa supaya penyelesaian ditemukan secara damai dan kegilaan pada darah ini menyebabkan pasukan keselamatan dan kerajaan diherdik, diperkecilkan seperti seolah-olah takut dan lembab dalam mengambil tindakan dan mereka memanggil askar dan polis sebagai “ANJING”.

10.Tetapi berapa ramai pula yang mengkaji isu-isu luar dan bakal berbangkit dari insiden ini?

PEPERANGAN DARI SUDUT ISLAM

11.Berapa ramai pula yang mengkaji hukum dan syarat peperangan dalam Islam?

12.Antara yang saya pelajari…musuh harus diberi amaran supaya mereka mempunyai masa untuk memindahkan anak-anak, orang tua, kaum wanita dan orang sakit ke tempat selamat sebelum sesebuah angkatan tentera (Islam) menyerang.

13.Pesalah atau musuh negara diberi peluang untuk berunding, diberi kata dua untuk berundur atau bertaubat, jika engkar…hukuman yang keras-sekerasnya akan dijatuhkan.

14.Tahanan perang pula diberi layanan yang baik, maruah mereka tidak dijatuhkan dan mayat-mayat yang gugur diberi masa dan ruang untuk disempurnakan.

15.Soal peperangan itu sendiri, adakah ia mendapat sokongan rakyat atau tidak?

16.Yang paling ketara, mereka yang dahaga darah dan beria-ria mengherdik dan memperkecilkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), rata-rata penyokong pembangkang yang selalu mendakwa mereka ini lebih Islam dari yang lain.

17.Kumpulan ini yang mendakwa mahu menegakkan Islam di bumi Islam ini.

18.Hanya sekelip mata kita lihat, bagaimana kumpulan yang mendakwa diri mereka pejuang Islam akhir zaman ini yang kononnya menentang kezaliman, menuntut keadilan dan kebenaran benar-benar nekad mahu melihat orang-orang Sulu ini mati.

19.Bila saya fikir-fikirkan balik…saya nampak satu perkara, umat Islam yang berpegang kepada tali yang dibawa Rasulullah SAW ini semakin mengecil…terlalu sedikit, dan jumlah yang sedikit ini yang mungkin ada 2-3 orang di kalangan pembangkang atau 2-4 orang di kalangan penyokong kerajaan dan 2-3 orang di pihak yang berkecuali dan mereka inilah yang akan berjuang dengan seikhlas hati apabila kelak masanya sampai.

PATUTKAN ORANG-ORANG SULU INI DIPERANGI?
Tentera Sulu
20.Jika ditanya pada saya…sewajarnya memang YA kerana amaran dan nasihat sudah dikeluarkan.

21.Ini juga menjadi jawapan kepada semua tuduhan pembangkang yang kononnya pemerintah kita ini zalim.

22.Sudah jelas kerajaan melalui agensi pasukan keselamatan biasanya akan memberi amaran dan nasihat sebelum tindakan keras dibuat dan ini sudah wujud sejak dari dahulu lagi, bermula dari Memali, Sauk, perhimpunan haram sehinggalah ke insiden di Lahad Datu.

25.Tidak timbul soal polis atau tentera menyerang orang awam secara membabi buta seperti yang selalu difitnah pembangkang dalam insiden di Memali.

SITUASI DI LAHAD DATU SEKARANG INI.

23.Saya tidak pasti jika darurat sudah diistiharkan di Lahad Datu atau tidak.

24.Semua pergerakkan keluar masuk di Lahad Datu ditutup bermula 2 petang hari ini (1 Mac).

25.Semua sekolah dan premis perniagaan ditutup sejak 3 hari lepas.

26.Kawasan ruang udara di situ di beri takrif “NO FLY ZONE”.

27.Lapangan terbang Lahad Datu ditutup sejak Jumaat dan mereka yang hendak menggunakan laluan udara terpaksa pergi ke Tawau.

28.Hospital di Lahad Datu dan kawasan sekitarnya dikuasai pasukan tentera.

29.Berlaku penambahan ubat-ubatan dan peluru untuk kegunaan tentera dan polis sudah bertambah sejak beberapa minggu lepas.

30.Semua sekolah dipantau polis, kemasukkan kembali pelajar-pelajar ke sekolah di kawasan sekitar akan dibuat secara berperingkat.

Source : http://militaryofmalaysia.net/ 


JENAZAH KOMANDO POLIS TERKORBAN TIBA DI SUBANG MALAM INI

KUALA LUMPUR — Jenazah dua anggota komando polis pasukan gerakan khas 69 Komando yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, hari ini, diterbangkan ke ibu negara malam ini.

Penerbangan itu dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini, pada kira-kira 11.30 malam, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yusof kepada pemberita.

Anggota terkorban yang berkhidmat di Kem Ulu Kinta itu ialah Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.
 Inspektor Zulkifli Mamat, 29 tahun (Depan sekali)
Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang isteri, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun.

Sementara Allahyarham Sabarudin meninggalkan seorang isteri, Nurunisa Abu Bakar, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Allahyarham berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor dan alamatnya kini adalah di Kem Polis Komando Ulu Kinta, Perak.

Tiga anggota komando polis yang cedera dalam kejadian itu ialah Koperal Mohd. Tarmizi Hashim, 32, Koperal Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum’aiqal Zolkifli, 22.

Ramli berkata, Mohd. Tarmizi cedera di tangan dan kaki manakala Azman yang cedera di paha dan punggung, kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Sementara Mohamad Qaiyum’aiqal yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki kini ditempatkan di Hospital Sandakan, katanya. — BERNAMA

LINK

0 Response to "AL FATIHAH UNTUK MEREKA YANG GUGUR-LAHAD DATU"

Posting Komentar