PANDANGAN BEKAS KETUA POLIS NEGARA BERKAITAN INSIDEN DI LAHAD DATU

Tan Sri Rahim Noor, Bekas Ketua Polis Negara
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor menyatakan insiden pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu sedikit sebanyak mempunyai hubung kait dengan sejarah rantau antara Sabah dan Filipina Selatan.

Katanya, berdasarkan sejarah kedua-dua negeri terbabit, kononnya ada bukti yang menyatakan bahawa Sabah sebelum ini telah dipajakkan oleh Kesultanan Sulu kepada pihak Inggeris dan perjanjian itu dikatakan masih hidup.

“Saya fikir perbatasan Sabah Timur dalam hal ini dengan Filipina Selatan banyak berhubung kait dengan sejarah ratau itu dalam erti kata peduduk muslim di Sabah sebelum merdeka iaitu sebelum Sabah dimasukan ke Malaysia ia banyak berhubung kait dengan sejarah Filipina.

Dalam pada itu, Rahim menerangkan antara perkara lain yang menjadi faktor kepada terjadinya insiden pencerobohan yang mengakibatkan ramai anggota polis Komando VAT 69 maut dan tercedera adalah apabila kedatangan waris kesultanan Sulu.

“Kedatangan Jamalul Kiram yang ketiga kononnya waris Kesultanan Sulu tak berapa lama selepas Perjanjian Bangsamoro yang ingin tubuhkan kerajaan Autonomi Bangsamoro di Filipina untuk selesaikan masalah hubungan renggang antara selatan Filipina dengan kerajaan pusat dia.

“Kedatangan waris sulu ini kita harapkan semuanya boleh diselesaikan dengan jaminan-jaminan dibawah perjanjian bangsamoro untuk mewujudkan kerajaan autonomi di Filipina, namun nampaknya lain yang terjadi.

Rahim berkata ini, disebebkan permasalahan berkenaan maka kerajaan Malaysia harus hadapinya dalam konteks berkaitan dengan apa yang berlaku sekarang.

Beliau menambah,  kerajaan telah mengambil satu langkah yang bijak pada peringkat awal untuk mengelak perkara yang lebih buruk berlaku.

“Pasukan tentera penceroboh ini kalau kita tentang habis-habisan adalah seperti lakukan satu pembunuhan yang sia-sia.

“Presiden Aquino pun nampaknya tidak setuju dengan apa yang berlaku dan telah meminta kesultanan sulu supaya balik sebelum mereka juga mengambil satu tindakan yang drastik,” katanya.

Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina sehingga 1 Mac lalu;

9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

Sumber

0 Response to "PANDANGAN BEKAS KETUA POLIS NEGARA BERKAITAN INSIDEN DI LAHAD DATU "

Posting Komentar