SESUNGGUHNYA BERHALA TIADA APA-APA KUASA

20 Jun 2013 utara India di landa banjir yang amat dahsyat sehingga menelan lebih 5000 korban. Banjir yang di sifatkan seperti Tsunami kedua ini bukan sahaja menelan ribuan nyawa, Malah telah menewaskan Tuhan Siva bagi penganut Hindu. Patung Tuhan Siva kelihatan hanyut di bawa arus deras sungai Ganga di Rishikesh utara India. Sesungguhnya berhala tiada apa-apa kuasa...

Berhala Patung Siva bagi penganut Hindu hanyut di bawa arus deras semasa banjir dahsyat.

LIHAT VIDEO :

(51) Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid dan Kami adalah mengetahui akan halnya.

(52) Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?

(53) Mereka menjawab: Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya.

(54) Dia berkata: Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata.

(55) Mereka bertanya: Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul) atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?

(56) Dia menjawab: (Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dialah yang menciptanya dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.

(57) Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini).

(58) Lalu dia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya.

(59) (Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami? Sesungguhnya adalah dia dari orang-orang yang zalim.

(60) (Setengah dari) mereka berkata: Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya.

(61) (Ketua-ketua) mereka berkata: Jika demikian, bawalah dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).

(62) (Setelah dia dibawa ke situ) mereka bertanya: Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?

(63) Dia menjawab: (Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di antara mereka ini! Maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata.

(64) Maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri):

(65) Kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: Sesungguhnya engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya)? Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang yang zalim.

(66) Nabi Ibrahim berkata: Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu.

(67) Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?

(68) (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!

(69) Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

HANCURKAN BERHALA DI HATIMU !

Setiap kali Allah s.w.t. melantik seorang utusan di kalangan manusia untuk menyampaikan ajarannya, maka pastilah seruannya adalah untuk mengajak manusia kembali kepada Allah. Tetapi, ia bukan sekadar itu saja.

Utusan-utusan Allah s.w.t. ini didatangkan untuk membanteras dan memusnahkan berhala-berhala yang telah dijadikan sekutu terhadap Allah s.w.t.

Masyarakat Arab jahiliah umpamanya, mereka beriman adanya Allah. Tetapi, dalam masa yang sama, mereka mensyirikkan Allah s.w.t. dengan berhala-berhala yang mereka bina di sekeliling Kaabah dan di dalamnya.

Berhala-hala yang mereka sembah ini telah menafikan keagungan dan keesaan Allah s.w.t. Sedangkan Allah s.w.t. itu dapat berdiri dengan sendirinya tanpa pertolongan makhluknya dan tanpa pertolongan sesiapa jua, Dia tidak perlu kepada makhluk untuk jadi perantara antara Dia dan hamba-Nya.

BERHALA YANG WUJUD PADA KITA SEKARANG

Berhala suatu ketika dahulu dibangunkan dalam bentuk fizikal seperti patung-patung yang dibina melalui batu, melalui kurma dan sebagainya. Dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. ada dinyatakan tentang berhala yang disembah oleh kaumnya, tetapi diruntuh dan dirosakkan oleh baginda ketika semua kaumnya keluar menyambut perayaan.

Kisah ini diceritakan oleh Allah s.w.t. dalam surah Al-Anbiya’ ayat 58-63 yang bermaksud :

“Maka dia (Ibrahim) menghancurkan (berhala-berhala itu) berkeping-keping kecuali yang terbesar (induknya) agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya. Mereka berkata, “Siapakah yang melakukan (perbuatan) ini terhadap tuhan-tuhan kami? 

Sungguh dia termasuk orang yang zalim.” Mereka (yang lain) pula berkata, “Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela (berhala-berhala ini), namanya Ibrahim” Mereka berkata, “

"(Kalau demikian) bawalah dia dengan diperlihatkan kepada orang ramai agar mereka menyaksikan.” Mereka bertanya, “Apakah engkau yang melakukan (perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?” Dia (Ibrahim) menjawab, “Sebenarnya (patung) besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada mereka, jika mereka dapat berbicara.”

Begitu juga di zaman Nabi s.a.w. ketika peristiwa pembukaan Fathul Makkah. Terdapat banyak berhala di sekitar dan di dalam Kaabah. Maka, Nabi memerintahkan supaya umat Islam memusnahkan semua berhala-berhala yang ada termasuklah di dalam Kaabah. Tidak ada satu pun yang dibiarkan tinggal untuk disembah.

Itulah berhala suatu ketika dulu. Sekarang, masih wujudkan lagi berhala sebegitu?

Ya, masih wujud lagi berhala sebegitu di kalangan orang bukan Islam. Tetapi, pada hari ini bukan itu saja yang wujud,  bahkan wujud juga berhala yang disembah dan dipertuhankan oleh orang Islam sendiri.

Berhala ini telah bersarang di hati dan jiwa ramai umat Islam menyebabkan mereka tidak dapat bangun dari kelemahan dan terus tunduk di bawah payung-payung kehinaan.

Berhala yang dimaksudkan ini bukanlah berhala yang nampak zahirnya seperti disembah oleh kaum Nabi Ibrahim a.s. dan orang kafir Quraisy. Tetapi, berhala ini adalah yang sesuatu yang diangkat-angkat dan diagung-agungkan di dalam jiwa umat Islam sehingga meletakkan Allah di tepi.

 Berhala Yang Telah Merosakkan Dunia Dan Akhirat Kita

Berhala sebeginilah yang ternyata lebih berbahaya dan lebih merisaukan. Kalau berhala fizikal itu masih jelas kelihatan dan boleh dirosak-rosakkan. Tetapi, berhala yang wujudnya di dalam jiwa manusia ini hanya manusia itu sendirilah yang mampu berusaha membuang dan meruntuhkannya.

Manusia lain tidak mampu mengambil kapak dan meruntuhkannya, kerana ia bukan bersifat fizikal dan dapat disentuh.

Ada manusia yang di dalam kehidupannya mengagungkan nafsu. Dia tidak menyebutkan hal itu di mulutnya, tetapi dalam kehidupannya terlihat sebegitu. Banyak perintah-perintah dan larangan Allah yang dilanggar dan diderhakainya. Bukan kerana tidak tahu, tetapi kerana terlalu menuruti berhala nafsu yang wujud di dalam jiwanya.

Berbanding menghadapi sedikit kesusahan dan kepayahan dalam ketaatan kepada Allah, dia lebih suka untuk tunduk kepada nafsu yang sememangnya menjanjikan kesenangan dan keselesaan setiap masa.

Maka, hidupnya tidak lain hanya untuk menuruti kepuasan nafsunya. Selagi tidak dicapai apa yang diingini oleh nafsunya, maka selagi itu dia tidak berpuas hati. Biarpun apa yang diingini nafsunya itu becanggahan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t., dia tetap tidak peduli.

Yang penting dia dapat apa yang dia mahu.

Ada saja manusia yang di dalam kehidupannya menjadikan harta sebagai berhalanya. Tidaklah bermaksud dia mempertuhankan harta itu, dia menyembah dan sujud kepada harta itu. Tidak. Bukanlah seperti itu.

Orang yang mempertuhankan hartanya, kehidupannya semuanya adalah untuk mendapatkan wang. Apa-apapun, semuanya wang. Kalau tidak ada wang, dia tidak mahu. Contohnya solat. Solat dapat wang tak? Tak dapat, maka dia tidak mahu buat.

Dia tidak kisah orang lain susah atau miskin, asalkan dia kaya. Semakin hari, dia semakin berasa tidak cukup dan ingin mendapatkan lebih banyak lagi harta. Bahkan, dengan harta yang dimilikinya, dia menzalimi pula orang-orang yang lebih susah dan miskin daripadanya.

Inilah orang yang telah menjadikan harta sebagai berhala di dalam hatinya.

Orang yang meletakkan selain Allah dan mendahulukannya di dalam jiwanya, dia telah menduakan dan mensyirikkan Allah di dalam kehidupannya.

 Apakah Tidak Cukup Allah Yang Maha Esa?

Nafsu yang kita pertuhankan itu sebenarnya diciptakan oleh Allah s.w.t. juga. Harta yang kita agung-agungkan itu sebenarnya adalah pemberian Allah juga.

Allah ciptakan nafsu itu sebagai alat. Bukan sebagai matlamat untuk kita angkat-angkat.

Allah berikan harta itu juga sebagai alat. Bukan matlamat.

Alat untuk apa? Alat untuk kita menyembah dan tunduk kepada Allah s.w.t. Bukan alat untuk kita angkatnya sebagai tuhan dalam kehidupan.

Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 17 yang bermaksud :

“Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah selain dari Allah, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu, oleh itu, carilah rezeki di sisi Allah dan sembahlah akan Dia serta bersyukurlah kepada-Nya, kepada Allah jualah kamu dikembalikan.”

Nafsu lagi dipenuhi kehendaknya, semakin tidak puas pula yang kita rasa.

Harta pun begitu. Kalau semata-mata untuk kepentingan dunia, lagi dikorek, lagi kita rasa tidak mencukup harta yang ada itu.

Begitulah juga berhala-berhala lain yang wujud di hati kita. Mereka tidak sekali-kali dapat memberikan rezeki kepada kita. Mereka tidak sekali-kali dapat memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada jiwa kita.

Lalu, adakah salah memiliknya?

Sudah tentulah tidak. Tetapi janganlah sampai kita mempertuhankan mereka di dalam kehidupan kita. Bilamana kita mula mengabaikan hak-hak Allah dalam kehidupan kita, maka itu tandanya kita telah mula mempertuhankan mereka dan menduakan Allah s.w.t.

Bila kita sibukkan diri kita lebih kepada selain Allah dalam kehidupan kita, itu adalah bibit-bibit kita mula mengangkat selain Dia dalam jiwa kita.

 Penutup : Runtuhkan Berhala Di Hatimu !

Allah tidak mungkin berkongsi tempat dengan makhluk yang diciptakan-Nya. Tidak mungkin kita katakan kita beriman dan taat kepada Allah, tetapi kemudian kita mengutamakan kehendak-kehendak selain Dia dalam kehidupan kita.

Kita penuhi kemahuan-kemahuan nafsu, tetapi kita abaikan suruhan-suruhan Dia.

Kita cari harta sebanyak-banyaknya untuk dunia, tetapi kita lupa untuk mencari bahagian kita di sisi Dia sebanyak-banyaknya.

Kita angkat –angkat cinta dalam kehidupan kita sehingga hati kita menjadi buta kerana cinta, sedangkan kita sendiri lupa mengangkat-angkat cinta kita kepada-Nya dalam jiwa kita.

Berhati-hatilah menangani berhala yang wujud di dalam jiwa kita ini.

Berhala yang tidak terlihat wujudnya dalam bentuk zahir ini lebih berbahaya dan lebih sukar untuk diruntuhkan berbanding berhala yang terlihat dalam bentuk yang zahir. Ia terlalu halus sehingga kadang-kadang kita sendiri tidak perasan kita telah mengangkat selain Allah dalam kehidupan kita.

Kalau benar kita mengutamakan Allah di dalam kehidupan kita, maka runtuhkanlah berhala-berhala yang wujud di dalam jiwa kita sehingga membuatkan kita mengenepikan dan mengabaikan perintah-perintahNya di dalm kehidupan kita.

Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.

Runtuhkanlah berhala di hati agar kita merasai kelazatan beriman kepada Ilahi.
Kala jiwa kita ini bersih daripada selain Dia, maka Allah angkatkan martabat kita di sisi-Nya dan di kalangan manusia.

0 Response to "SESUNGGUHNYA BERHALA TIADA APA-APA KUASA"

Posting Komentar