Salah seorang tetamu beragama Islam, kemudian berdiri, lalu bertanya, apakah pada pendapat anda, ayat satu daripada surah al-Qamar yang bermaksud, sungguh telah dekat hari kiamat dan bulan pun telah terbelah, mengandungi mukjizat secara ilmiah?
Astronaut yang menaiki pesawat Apollo 11 ke bulan menemui lekukan hingga ke dalam perut bulan. |
Suatu hari, orang-orang musyrik mengejek dan memperolok-olokan Rasulullah sambil berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar-benar seorang Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu". Rasulullah lalu bertanya, Apa yang kalian inginkan? Mereka menjawab, "Cubalah belah bulan..."
Dengan izin Allah, bulan pun terbelah |
Bagi mendapatkan kepastian itu, mereka sanggup menunggu rombongan pertama yang baru sampai kekota Mekah dan bertanya,"Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh pada bulan?" Rombongan itu menjawab,"Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu, kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan kemudian bersatu kembali!"
Rekahan yang menunjukkan bulan pernah terbelah telah dirakam oleh NASA. |
Saintis barat tidak mahu mengakui bulan pernah terbelah dengan mengatakan pecahan ini adalah Rille. |
Komuniti geologi yang memerhatikan pembentukan itu berpendapat bekas rekahan itu tidak mungkin terjadi sekiranya bulan sememangnya pernah terbelah dan bercantum kembali. Bagaimanapun, saintis barat cuba tidak mahu mengakui kesahihan itu dengan mengatakan rekahan itu adalah Rille (Gegalur lembah seperti rekahan atau parit yang panjangnya hingga beberapa ratus kilometer dan lebarnya 1 hingga 2 kilometer yang terdapat di permukaan bulan).
Lekukan panjang di temui di hampir semua permmukaan bulan tapi kesannya tidak dilihat mengelilingi seluruh bulan. |
Teori lain pula mengatakan lekukan itu kemungkinan bekas kanal atau saluran lava yang keluar daripada perut bulan tidak lama dulu. Sainti barat terus menegaskan bahawa walaupun Rille ditemui di hampir semua titik dipermukaan bulan, tetapi kesan itu tidak dilihat mengelilingi seluruh permukaan bulan. Paling panjang yang direodkan cuma sekitar 300 kilometer. Ini hanya hipotesis saintis barat.
Bulan terbelah adalah kisah benar-Profesor Dr.Zaghloul. |
- Infiniti - sains ilusi realiti
0 Response to "BULAN TERBELAH DUA"
Posting Komentar