ISLAM MENGUASAI BOLA SEPAK EROPAH?

Soeren Kern seorang pemerhati politik Eropah berkewarganegaraan AS dan Jerman baru-baru ini menulis sebuah artikel dalam laman Gates One Institute dengan tajuk Islam Conquer European Footbal (Islam Telah Menguasai Bola Sepak Eropah).

Artikel ini muncul dengan berita yang dilaporkan pejabat berita Sepanyol Marca pada 30/3/12 yang melaporkan Real Madrid mengumumkan akan memadam gambar salib yang tertera pada logo rasmi mereka.

Langkah ini bertujuan untuk "mengelakkan segala bentuk salah faham dan konflik di negara-negara dan kawasan yang majoriti penduduknya adalah Muslim," seorang sumber dalam pengurusan Real Madrid mengatakan apa yang dilaporkan oleh akhbar Marca Sepanyol.

Pihak Real Madrid secara singkat menyatakan bahawa langkah penghapusan salib ini adalah akibat daripada globalisasi industri. Tetapi tindakan itu mendapatkan ejekan dari beberapa kalangan yang menganggapnya sebagai hakisan tradisi dan budaya Eropah dalam menghadapi penyebaran Islam.
Resort pelancongan sukan Real Madrid di pulau al Khaimah di Emiriah Arab Bersatu
Kontroversi melucutkan lambang salib ini dilihat serius selepas Real Madrid mula membina resort pelancongan sukan bernilai 1 bilion dolar AS di Emiriah Arab Bersatu. Peletakan batu asas telah dibuat pada 29 Mac 2012 dan projek ini akan siap pada Januari 2015.

Resort tersebut akan menjadi taman hiburan pertama di sebuah pulau buatan di bawah tanda dagang Real Madrid. Pulau ini mempunyai sebuah hotel dengan 450 bilik mewah, villa mewah , pelabuhan sukan dan untuk pertama kalinya di dunia sebuah stadium bola sepak yang terbuka menghadap ke laut.

"Ini adalah langkah yang menentukan dan strategik yang akan meningkatkan kekuatan organisasi ini di Timur Tengah dan Asia, kunci di mana semangat kelab ini sangat jelas. Real Madrid dan Pemerintah keturunan al-Khaimah ingin menyebarkan keghairahan Real Madrid dan semangatnya ke seluruh dunia."  kata kelab Sepanyol itu .

Sebagai syarat daripada perjanjian, kerajaan Al-Khaimah Sheikh Saud bin Saqr al Qasimi meminta pihak Real Madrid untuk menghapuskan lambang salib yang ada pada logo rasmi kelab Los Blancos ( si Putih) tersebut untuk semua material promosi yang berkaitan dengan pembangunan resort tersebut. Syarat yang dikemukakan oleh kerajaan Al-Khaimah ini dengan patuh dipenuhi oleh presiden Real Madrid, Florentino Perez.
logo dengan gambar salib ( kiri) dan selepas dihapuskan (kanan)
Logo pasukan bola sepak Real sebelumnya terdapat simbol salib sejak 1920 ketika Raja Alfonso XIII memberikan naungan kerajaan untuk kelab bola sepak di Sepanyol. Real memilki makna Royal (Kerajaan) dalam bahasa Sepanyol, sedangkan gambar salib yang digunkan merupakan sebahagian daripada lambang rasmi kerajaan Sepanyol.

Yang pasti, Real Madrid bukanlah kelab bola sepak Sepanyol pertama yang menghapuskan gambar salib pada logo rasminya untuk mendapatkan simpati dari masyarakat muslim. Beberapa pemerhati pada kenyataannya, menyebutkan bahawa langkah Los Blancos merupakan sebahagian daripada persaingan dengan musuk rapat mereka El Catalan FC Barcelona untuk menguasai pasaran bola sepak di wilayah Timur Tengah.
logo Barcelona dengan gambar St George Cross dan modifikasinya
Barcelona baru-baru ini bersetuju dengan perjanjian sponsorship bernilai 150 juta euro ( 200 juta dolar) dalam jangka waktu 5 Tahun dengan lembaga amal yang berpusat di Doha, Qatar. 

Qatar Foundation dituduh oleh surat Khabar Sepanyol el Mundo sebagai penyokong dana pada ulama radikal Yusuf al Qardhawi yang dianggap menyokong aksi keganasan dan pembunuhan anti- Yahudi. Perjanjian tersebut membolehkan Qatar Foundation menyematkan logo mereka pada jersey rasmi kelab yang berpangkalan di stadium Nou Camp tersebut .

Selain mendapatkan suntikan dana 30 juta Euro per tahun, perjanjian tersebut membolehkan Barcelona memperluaskan pengaruhnya di kawasan Timur Tengah.

Bahagian pemasaran FC Barcelona awalnya tidak mempunyai kontroversi dalam memasarkan jenama mereka dalam dunia Muslim. Sebagaimana Real Madrid, Barcelona juga mempunyai gambar salib di logo rasminya. 

Kontroversi muncul setelah Arab Saudi memprotes adanya gambar salib Cruz de San Jorge ( St George Cross ) gambar salib warna merah putih merupakan sebahagian daripada logo Barcelona yang telah menyinggung Islam kerana membangkitkan memori perang salib pada abad pertengahan. Selepas itu, garis mendatar yang membentuk gambar salib dihapuskan pada semua jersey Barcelona yang dipasarkan di wilayah Timur Tengah.

Apakah itu bermakna el Classico tahun depan akan kelihatan tanpa gambar salib pada logo kedua-dua kelab? Berdasarkan pengamatan Shoutussalam.com pada laman rasmi kedua-dua kelab tersebut, tidak ada perubahan sama sekali pada logo kedua-dua kelab dan setelah diteliti, perubahan logo tersebut hanyalah untuk kepentingan perniagaan semata dan bukan penggantian logo kelab secara rasmi .

SUMBER

0 Response to "ISLAM MENGUASAI BOLA SEPAK EROPAH?"

Posting Komentar