KISAH BENAR TUKANG GUNTING YANG MENYERAMKAN

Pada awal kurun ke19, ada sebuah kedai gunting rambut. kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari pemilik kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, “Mahu potong kepala?”. Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawab, “Tidak mahulah, saya hanya hendak potong rambut saja” akan terselamat.

Tetapi bagi mereka yang menjawap “Ya” dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, di pakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. 
Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas dan lumpuh serta tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak.
MANGSA  si tukang gunting gila
Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.

Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.

alamcyber 2020 : Jangan selepas ini anda takut untuk bergunting pulak...

0 Response to "KISAH BENAR TUKANG GUNTING YANG MENYERAMKAN"

Posting Komentar