TIDAK Mustahil bencana ini boleh berlaku kepada Malaysia... |
DAHSYAT ...Taufan Haiyan dilihat dari satelit |
NEGARA Bertuah...kerap kali terselamat dari bencana alam |
Namun, ia bukan bermaksud rakyatnya boleh hidup dengan aman dan berasa diri mereka selamat kerana Malaysia turut terdedah kepada punca pencemaran udara sekali gus bakal berhadapan dengan kekerapan banjir berskala besar.
Naib Pengerusi Kumpulan 1 Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC), Prof. Dr. Fredolin Tangang@Tajuddin Mahmud mendedahkan berdasarkan kajian, iklim sudah berubah sejak 50 tahun lalu, malah semakin drastik sejak 20 tahun lalu akibat peningkatan kepekatan gas rumah hijau di atmosfera.
Kekerapan hujan
TABURAN Hujan yang sering di luar jangkaan amat membimbangkan... |
"Rekod menunjukkan menjelang abad ke-21 serantau Malaysia mencatatkan peningkatan paras laut (SLR) sebanyak 0.3 hingga 0.6 m di sekitar negara ini.
"Ia berlaku kerana kesan gas hijau yang dibebaskan sama ada secara semula jadi atau buatan manusia secara tidak terkawal sehingga ia terkumpul di atmosfera dan tidak dibebaskan dengan sempurna.
PENCAIRAN Ais di kutub utara semakin membimbangkan dunia... |
"Kekerapan hujan akan mengundang kepada masalah banjir. Inilah bencana alam yang perlu dihadapi dan ditangani Malaysia saban tahun terutama dengan berlakunya peningkatan banjir besar," katanya yang turut menjelaskan pemanasan global akan menyebabkan udara dipenuhi dengan lembapan yang mengundang kepada taburan hujan yang kerap.
Beliau berkata demikian kepada!ketika ditemui dalam pembentangan mengenai Laporan Taksiran (AR5) IPCC dan kaitannya dengan Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi baru-baru ini.
Fredolin yang juga Felo Pusat Institut Perubahan Iklim (IKLIM), Fakulti Sains dan Teknologi, UKM turut melahirkan rasa kecewanya terhadap tahap kesedaran rakyat Malaysia yang rendah mengenai perubahan iklim dan kekurangan pakar dalam bidang itu.
"Di Malaysia kita tidak mempunyai pakar mengenai bumi dan laut. China contohnya, sudah mewujudkan universiti khas mengkaji laut khusus kepada masalah bencana yang sedang dihadapi dunia masa kini," jelasnya yang menuntut masyarakat peka terhadap perubahan iklim.
Dalam perkembangan lain, UKM melalui FST melancarkan Tabung Kemanusiaan Tragedi Taufan Haiyan peringkat pertama sebelum ia diperluaskan kepada seluruh warga universiti itu.
SUMBER
0 Response to "RAKYAT MALAYSIA JANGAN TERLALU SELESA"
Posting Komentar