Dalam kejadian pertama, mangsa, Yusrina Yusri, 5, dari Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, mengalami pendarahan teruk apabila lintah tersebut memasuki dubur setelah mandi lebih satu jam bersama adiknya, Yusri Aiman Yusri, 3.
Ibu mangsa, Siti Khatijah Ibrahim, 27, berkata, ketika kejadian, dia sempat melihat beberapa lintah berada berdekatan anaknya ketika Yusrina bermain air berhampiran rumahnya yang dekat dengan sawah dan kuala.
MANGSA Yusrina Yusri, 5 dan ibunya Siti Khatijah Ibrahim |
“Saya terkejut dan cuba menarik lintah tersebut ketika ia masuk separuh ke dalam dubur, namun usaha itu tidak berjaya kerana ia licin dan melekat,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, hari ini.
Hadir melawat mangsa, Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hassan Md Hassan.
MANGSA kedua Muhammad Luqman Haziq Kamal 2 tahun |
Ibunya, Siti Mazura Che Kob, 31, berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu ketika banjir berada pada paras lebih 1.22 meter.
“Ketika kejadian, anak bongsu saya mandi menggunakan pelampung, bermain banjir di kawasan rumah nenek bersama abang dan sepupunya.
Berhati-hati jika meredah banjir...Terutama wanita. |
Akibat mengalami pendarahan tanpa henti, Siti Mazura berkata, anak lelaki daripada tiga beradik itu terpaksa dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas, sebelum dirujuk ke HRPZII.’
“Badannya lesu dan dia hanya menangis kerana mengalami pendarahan yang banyak sehingga terpaksa menggunakan lima helai lampin dalam tempoh lima jam selepas kejadian bermula jam 10 pagi,” katanya.
Sementara itu, Dr Ghazali Hasni menasihatkan orang ramai supaya mengelak bermain banjir berikutan bukan sahaja terdapat lintah, malah juga boleh mengancam nyawa terutama kanak-kanak.
-sinar harian-
0 Response to "BANJIR: LINTAH MASUK KEMALUAN KANAK-KANAK"
Posting Komentar