Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan: Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang-bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH
Modal pusingan : Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita-cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yang tidak digemari) : Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila manusia membaca istighfar
Mentor yang dikagumi : Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatu
Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat sebenar : Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yang tak dapat dilupakan : Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yang digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yang digemari : Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan.
Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak
Yang paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yang paling meletihkan : Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yang mengikut jejak langkahnya
Saat yang mendukacitakannya : Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT
Ada siapa-siapa nak berkenalan tak? |
-DETIKISLAM-
0 Response to "BIODATA IBLIS YANG ANDA PATUT TAHU "
Posting Komentar