Gambar yang tersebar di Facebook dan blog. |
Empat keping gambar yang disebarkan itu menunjukkan dua orang dalam pakaian seragam polis sedang nyenyak, dengan seorang daripadanya memegang tin minuman keras.
Dalam kereta polis itu juga kelihatan senjata api yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang kenderaan tersebut.
Selain itu, Sinar Harian Online juga mendapati sumber turut memuatkan gambar nombor pendaftaran kenderaan polis tersebut.
Namun setelah diselidiki, ternyata gambar-gambar tersebut adalah aksi lakonan semula anggota polis.
Seorang pengguna Facebook, Nordin Mansor yang memberi komen di laman Facebook Suara Rakyat turut menafikan anggota polis dalam gambar tersebut benar-benar mabuk.
Nordin yang juga dipercayai seorang anggota polis menjelaskan bahawa situasi berkenaan adalah latihan bagi menggambarkan kesalahan dalam waktu kerja.
Sinar Harian Online akan mendapatkan komen Ketua Polis Negara mengenai penyebaran gambar berkenaan. - SUMBER-
0 Response to "GEMPAR GAMBAR ANGGOTA POLIS MABUK TEPI JALAN"
Posting Komentar