Elizabeth Starr |
Elizabeth Starr sudah menjalani 63 pembedahan untuk membetulkan payudaranya namun gagal membetulkan semula payu daranya.
INGIN cantik akhirnya merana. |
Namun ibu kepada dua anak ini berkata dia tidak boleh lagi melalui sekali lagi pembedahan kerana ia boleh menyebabkan risiko darah beku dan jangkitan.
Dia yang menyesal dengan perbuatannya menanam implan payu dara dalam usaha meningkatkan kariernya sebagai pelakon filem, kini menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan.
Dengan bayaran sebanyak £3,000, dia menjalani pembedahan 15 tahun lalu dengan menyuntik sintetik ke payu daranya bagi merangsang pengeluaran cecair.
Bagimanapun beberapa hari selepas itu, dia mula merasai kesannya apabila payu dara sebelah kanannya merah dan membengkak hinggakan menyebabkan dia berasa lemah.
“Pakar bedah kemudiannya membuang tisu yang menyebabkan jangkitan, namun jangkitan itu telah menyebabkan sebelah kanan payu dara saya berlubang. Sakitnya tidak dapat saya ceritakan,’’ katanya.
Dalam tempoh 15 tahun itu, dia sudah menghabiskan wang sebanyak £200,000 untuk pemulihan namun siri pembedahan yang dijalankan hanya mendatangkan keburukan.
SEKSI YANG SEKSA 'Elizabeth Starr' |
“Sepanjang beberapa tahun ini, tisu di bahagian kanan payu dara saya telah mengalami kerosakan yang teruk.
“Malah salah satu pembedahan yang dilakukan adalah dengan mengambil otot-otot di belakang saya bagi menggantikan tisu yang rosak. Saya menghabiskan masa pemulihan dengan tangki oksigen dan hampir mati sebanyak tiga kali,’’ katanya.
0 Response to "PAYUDARA INI BOLEH MEMBUNUH SAYA (VIDEO)"
Posting Komentar