PULAU TERKECIL DAN PADAT PENDUDUK TERLETAK DI PULAU MIGINO AFRIKA

KELUASAN pulau ini hanyalah kira-kira 1800 meter persegi bersamaan 1/4 daripada padang bola sepak. Dengan pulau yang seluas ini ada lebih 1,000 penghuni di sini, ia benar-benar pulau terpadat di dunia.



Di pulau sekecil ini terdapat 5 buah bar, salun kecantikan, farmasi, hotel dan rumah-rumah setinggan yang di perbuat daripada kayu dan papan terbuang serta kepingan zink buruk dan berkarat dengan persekitaran yang kotor.


Menurut Bancian pulau kecil ini hanya boleh di diami oleh 131 keluarga sahaja tetapi apa yang di lihat sekarang pulau ini telah di huni lebih dari 1000 orang.Penduduk di pulau ini kebanyakannya nelayan dan menjual ikan untuk menyara hidup.


Pada awalnya nelayan yang menghuni pulau kecil ini terdiri dari 60 orang. mereka ini dari Kenya, Uganda, Tanzania kerana terdapat banyak ikan di sekitar pulau ini sehinggalah ia berkembang sehingga sekarang.
Hasil tangkapan nelayan-nelayan di pulau kecil ini akan dibawa ke tanah besar Kenya oleh syarikat-syarikat pemprosesan ikan ada yang dieksport ke Eropah dan lain-lain.
Memang pelik dan unik, pulau sekecil ini di huni oleh ribuan orang. Namun mereka hidup aman damai dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

LIHAT VIDEO

0 Response to "PULAU TERKECIL DAN PADAT PENDUDUK TERLETAK DI PULAU MIGINO AFRIKA"

Posting Komentar