ARAB SAUDI PALING BANYAK KEMALANGAN JALAN RAYA

7,000 maut, 68,000 cedera nahas kenderaan tahun lalu
Riyadh: Kemalangan jalan raya mengorbankan lebih 7,000 orang di Arab Saudi pada tahun 2011, mencatat rekod trafik paling buruk dunia, melepasi angka korban dalam perang di Teluk, kata pegawai polis trafik. 


Secara keseluruhan lebih 68,000 juga cedera dalam kemalangan di negara itu pada 2011 manakala nahas seumpama itu menyebabkan kerugian melebihi SR13 bilion (RM10 bilion) kata pengarah sistem trafik Madinah, Kolonel Zuhair Abdul Rahman. 

Kemalangan adalah keganasan jalan raya sebenar atau pembunuhan beramai-ramai yang tidak kurang bahaya berbanding keganasan terancang” Kolonel Zuhair Abdul Rahman Pengarah sistem trafik Madinah

Dalam kenyataan yang disiarkan Arab Saudi, Abdul Rahman meletakkan angka kematian akibat kemalangan 2011 pada 7,153 manakala perangkaan menunjukkan lebih 86,000 maut akibat nahas jalan raya di negara itu sejak dua dekad lalu.

SAKSIKAN VIDEO KEMALANGAN PALING DAHSYAT DI ARAB SAUDI :

Katanya, angka korban sejak 20 tahun lalu melepasi bilangan yang maut dalam perang terakhir India-Pakistan, konflik di Sahara, perang Argentina-Britain, konflik dalaman Croatia dan perang saudara di Nepal, sambil menambah kematian akibat semua kejadian itu adalah 82,000.

KEGANASAN JALAN RAYA

“Kemalangan adalah keganasan jalan raya sebenar atau pembunuhan beramai-ramai yang tidak kurang bahaya berbanding keganasan terancang. Data kami menunjukkan Arab Saudi mempunyai rekod trafik paling teruk di dunia dari segi kemalangan dan kematian. 

“Angka kematian akibat nahas jalan raya pada 2011 melepasi bilangan yang maut disebabkan keganasan di Iraq pada tahun sama, iaitu kira-kira 4,200, ia juga melepasi kematian dalam perang Teluk terakhir apabila hampir 5,200 dilaporkan meninggal dunia,” katanya.

Abdul Rahman memberi amaran, kajian yang dibuat polis trafik Arab Saudi menjangkakan angka kematian akibat kemalangan jalan raya boleh mencecah 9,600 pada2019. - AGENSI

0 Response to "ARAB SAUDI PALING BANYAK KEMALANGAN JALAN RAYA"

Posting Komentar